hello i'm ad

MySpace LayoutsLayoutsCommentsGraphicsWidgets

sponsor

Monday, November 1, 2010

Tip Menghalau/Menghindari Beruk Dari Rumah



Tip Menghalau/Menghindari Beruk Dari Rumah

Salam satu malaysia.
Pernahkah anda mengalami masalah menghalau beruk,kera atau monyet daripada kawasan rumah anda?

Perkara ini telah berlaku kepada saya, apabila seekor monyet tersesat datang kerumah.
Pada masa yang sama juga kucing kesayangan kami melahirkan anak sebanyak tiga ekor.

Masalahnya apabila kehadiran monyet ini, habis dirosakkan barang-barang pada kereta. Contohnya aerial proton perdana kami dipatahkan. Anak-anak kucing itu diambil, saya tidak tahu apa tujuan monyet itu mengambil anak kucing kami. Adakah dia bela ataupun dia makan anak kucing itu. Saya juga tanya pada rakan-rakan pejabat, anak kucing itu akan dimakan oleh monyet.(benar atau tidak fakta itu, saya tidak dapat memberikan jawapan yang tepat disini).

Macam-macam cara dibuat untuk menghalau monyet itu. Akhir sekali cara ini(yang akan diberitahu) adalah berkesan.

Caranya ialah meletakkan kacang beserta kulit(contohnya kacang cap tangan) dimasukkan kedalam bekas berisi air.Bekas ini seperti bekas-bekas plastik lama ataupun bekas mineral water. Kemudian campurkan suku belacan dalam bekas itu.
Jadi dalam bekas itu akan ada kacang, belacan dan air. Buat 4 bekas dan letakkan 4 tempat yang sering dikunjung oleh monyet tersebut. Pada hari kedua, pastikan bekas-bekas itu tidak kering.Seandainya bekas itu berterabur akibat dilempar oleh monyet itu, isi balik dengan kandungan tadi dan letak balik ditempat itu.

Insyaallah hari keempat monyet itu pasti tidak lagi berada dikawasan rumah anda lagi.

Seandainya anda mengalami masalah monyet ini. Cubalah tip ini.


ajdin said : belajar dari pengalaman

12 comments:

  1. kawan atok ado gak cakap, kalau nak halau monyet ni, baling belacan tu nanti monyet tu mati sebab kegatalan...atok tak pasti kesahihan

    ReplyDelete
  2. terima kasih..terima kasih. bolehlah kak ct coba cara ni. mmg tak senonoh punya monyet. ikot suka suki dia melabas tempat orang. abes ikan kat dalam kolam kak ct dia dermakan kat sedara mara dia.

    ReplyDelete
  3. salam semua,
    baling dengan belacan..tak sempat baling dia dah lari..letak belacan dalam pisang pun tak jalan..
    Tapi monyet dengan kacang..monyet tak boleh tahan punya..sudah terbukti

    keburukannya..kawasan rumah pasti bau belacan..jangan bergaduh dengan jiran-jiran sudahlah..

    ReplyDelete
  4. hah? kenapa amik anak2 kucing tu..ishh..sbnrnye agak xfaham ape kaitan belacan n monyet..monyet takut belacan ke?

    ReplyDelete
  5. dulu ada juga monyet suka lepak umah kami,tapi skang dah tkde plak..
    nanti klu dtg lagi nak cuba tips ni..thanks yer..:)

    ReplyDelete
  6. tak penah lagi beruk singgah kat umah..tapi leh cuba gak tips ni.hehe

    ReplyDelete
  7. ermm..terima kasih diatas tip diatas. Nanti Dila bagitahu kpd makcik dikampung..Tapi x faham la kaitan monyet dengan belacan..Monyet takut belacan ker?

    ReplyDelete
  8. This blog is very beautiful. I want this type of information but not get anywhere and now I got from your post. You should continue do this type of post.
    Delhi Call Girls
    Call Girls in Delhi

    ReplyDelete
  9. 1/9/2013- Anak kucing sy baru kene makan dgn monyet ptg tadi.. Depan mata mak sy.. Sedihnye.. Monyet tu monyet sesat, nmpak mcm muda lagi.. Anak kucing sy pulak umo dlm 2bulan lebih, da pandai mkn n berlari2..monyet tu bukak sangkar kucing, curik n mkn atas pokok.. Sedihnya, mcm xpercaya monyet mkn anak kucing.. Sy da search google, xde nampak pon monyet bole mkn kucing.. Sayangnye, gemok n gebu lak tu kucing sy.. T_T

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails

sponsor

CHAT

Followers

counter

Marketing / SEO
london Top Blogs Search Engine Submission - AddMe Quackit Webmaster Tutorials