simple business
Sunday, December 19, 2010
Award Persahabatan
Award Persahabatan
Assalamualaikum.., salam 1 Malaysia
Baru-baru ini saya telah menerima award dari rakan blogger iaitu dari
Bila Umar Berblogger
Ini merupakan "Award Persahabatan" dari rakan blogger.
Dunia blogger atau komuniti blogger sangat kuat bagi saya.
Dari berblogger, saya dapat mengenal berita-berita, aktiviti-aktiviti terkini dari dalam dan luar negara.
Kisah cinta, kisah seram, dan bermacam-macam (1001 macam) lagi boleh diketahui melalui aktiviti ini.
Saya mengambil peluang disini hendak memberi pendapat kepada blogger-blogger yang
tengah bercinta ataupun "Kisah Cinta". Kadangkala semasa saya blog walking... saya dapati gambar-gambar aksi-aksi berkepit dengan pasangan(belum berkahwin). Bagi saya, ini kurang elok . Apa yang saya bayangkan, seandainya saya ada anak perempuan, tiba-tiba terbaca blog anak saya. Apa yang saya nampak..gambar anak perempuan saya berkepit atau duduk rapat-rapat dengan sahabat lelaki ataupun dengan boyfriend.
Secara automatik saya akan kecil hati, jadi kita fikir-fikir dan renung-renungkan
bersama.
Ajdin said : Saya bukan berceramah cuma memberi pendapat. Saya minta maaf sekira ada
menyinggung perasaan sahabat-sahabat blogger. Kepada Umar..terimakasih sekali lagi.
Jom ziarah blog http://salam1malay.blogspot.com
Bila Umar Berblogger
Monday, November 1, 2010
Tip Menghalau/Menghindari Beruk Dari Rumah
Tip Menghalau/Menghindari Beruk Dari Rumah
Salam satu malaysia.
Pernahkah anda mengalami masalah menghalau beruk,kera atau monyet daripada kawasan rumah anda?
Perkara ini telah berlaku kepada saya, apabila seekor monyet tersesat datang kerumah.
Pada masa yang sama juga kucing kesayangan kami melahirkan anak sebanyak tiga ekor.
Masalahnya apabila kehadiran monyet ini, habis dirosakkan barang-barang pada kereta. Contohnya aerial proton perdana kami dipatahkan. Anak-anak kucing itu diambil, saya tidak tahu apa tujuan monyet itu mengambil anak kucing kami. Adakah dia bela ataupun dia makan anak kucing itu. Saya juga tanya pada rakan-rakan pejabat, anak kucing itu akan dimakan oleh monyet.(benar atau tidak fakta itu, saya tidak dapat memberikan jawapan yang tepat disini).
Macam-macam cara dibuat untuk menghalau monyet itu. Akhir sekali cara ini(yang akan diberitahu) adalah berkesan.
Caranya ialah meletakkan kacang beserta kulit(contohnya kacang cap tangan) dimasukkan kedalam bekas berisi air.Bekas ini seperti bekas-bekas plastik lama ataupun bekas mineral water. Kemudian campurkan suku belacan dalam bekas itu.
Jadi dalam bekas itu akan ada kacang, belacan dan air. Buat 4 bekas dan letakkan 4 tempat yang sering dikunjung oleh monyet tersebut. Pada hari kedua, pastikan bekas-bekas itu tidak kering.Seandainya bekas itu berterabur akibat dilempar oleh monyet itu, isi balik dengan kandungan tadi dan letak balik ditempat itu.
Insyaallah hari keempat monyet itu pasti tidak lagi berada dikawasan rumah anda lagi.
Seandainya anda mengalami masalah monyet ini. Cubalah tip ini.
ajdin said : belajar dari pengalaman
Subscribe to:
Posts (Atom)